Taklimat Advokasi ‘Be Internet Awesome’

22 April 2019 | Aktiviti Terkini

21 April 2019 – Taklimat selama 2 jam bermula jam 11 pagi hingga jam 1 tengahari dan dihadiri oleh seramai 9 orang pelajar. Taklimat ini disampaikan oleh Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital Linggi iaitu Puan Norhapidah Mokhtar.

Antara intipati di dalam taklimat ini ialah:
• Melindungi akaun
• Pastikan telefon bimbit anda selamat
• Jangan terjebak dengan SCAM
• Pelihara reputasi online anda
• Cara menghadapi buli siber

Di akhir kelas, peserta diperkenalkan dengan permainan Interland games – Be Internet Awesome di g.co/interland
Interland adalah pengembaraan dalam talian yang mendidik peserta tentang perkara yang paling utama iaitu keselamatan internet melalui empat permainan yang menyeronokkan dan mencabar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali